

Petaling Jaya- Pada 10 dan 11 Januari 2009 yang lalu,Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Petaling telah menghadiri satu jemputan pameran antidadah anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Paya Jaras Tengah,Mukim Sg. Buloh, bagi menjayakan Program Hari Kesihatan Paya Jaras yang melibatkan empat buah kampung iaitu Kg Paya Jaras Hilir,Kg Paya Jaras Tengah,Kg Paya Jaras Dalam dan Kg Paya Jaras Hulu.